Andai Sudah Suratan

Layan jelah...

Selamat Mengunjungi Pondok Buruk Indahnya Hari Ini

Sekalung perhargaan diucapkan kepada sesiapa yang sudi mengunjungi pondok buruk ini. Segala apa yang ada disini harnyalah rekaan semata,tiada mengena dengan manusia yang masih hidup ataupun yang telah kembali ke rahmatulla...

********************************************************************

Apakah Itu Cinta????

Adakah semudah ABC?? Tidak sebenarnya.. Memang kerap orang menyebut aku telah jatuh cinta tapi tak semua faham apa sebenarnya cinta.. Bagiku cinta tidak hanya sebuah ungkapan tapi lebih dari itu.Pengorbanan,Kesanggupan bersamanya tika susah dan senang dan yang paling penting adalah Kejujuran serta keikhlasan kita menerima diri pasangan seadanya.Fahamilah pasangan dan kenalilah hati budinya jika inginkan hubungan yang harmoni dan bahagia.. Kesabaran adalah kunci segala masalah..Renungkanlah supaya hati dan minda tidak tersalah alirannya ketika hubungan dihadang cabaran...

********************************************************************

Sunday, May 23, 2010

Andai Sudah Suratan 2

Deringan jam loceng dikiri katil betul-betul mengejutkan aku. Dengan pantas deringan itu dihentikan sebelum mama mula membebel. Dengan langkah malas, aku terus menuju ke bilik air.

Sedangkan diruang makan, mama sedang sibuk menyediakan sarapan untuk papa. Papa begitu tekun dengan surat khabarnya sedangkan mama sesekali mengerling ke arah tangga menunggu anak daranya turun sarapan bersama. Papa yang menyedari kebimbangan isteri kesayangannya, hanya mampu mengeluh.

"Ma, jangan dirisaukan anak dara awak tu. Saya yakin rajuknya tak kemana. Percayalah," mendengar kata-kata papa, mama tersenyum dan menggangguk.

Sedangkan dibilik, aku masih termenung didepan cermin memandang biasan wajahku sendiri. Kata-kata papa semalam masih terngiang ditelinga. Cuma tinggal beberapa minggu sahaja untuk ku mendirikan rumahtangga dengan lelaki yang tidak pernahku kenali.

"Aku nie, dah sedia ke nak kawin?"

Ketukan dipintu mengejutkan aku dari lamunan. Dengan langkah malas aku berlalu kepintu dan membuka. Bila melihat wajah mama yang sedang tersenyum, aku memasamkan wajah. Mama tersenyum dan menggeleng.

"Ma, janganlah gelakkan adik lagi," mama tergelak halus mendengar rengekanku. Aku semakin menarik wajah bila melihat mama semakin galak mentertawakanku.

"Okey sayang. Kenapa nie, masih merajuk dengan mama dan papa? Hani sayang, jangan macam nie, apa yang papa Hani buat tu untuk kebaikan Hani jugak. Mama dah kenal bakal suami Hani tu, memang seorang yang cukup ciri-ciri seorang lelaki yang anak mama nie cari,"sela mama membuatkan aku mencebik geram. Entah apalah yang ada pada lelaki tu hinggakan mama beria-ia benar naikan sahamnya.

"Ma, kenapa tak boleh tangguh hingga adik habis study? Tinggal tak berapa lama lagi pun, macam mana adik nak tumpu pada semester yang tinggal tak berapa lama nie, nanti klau adik tak lulus, papa marah pulak," pujukku lembut cuba membeli simpati mama. Mama hanya tersenyum dan menggangkat bahu tanda tak dapat membantu. Aku mengeluh lemah. Ini memang benar-benar dah tak ada talian hayat lagi.

"Yela, Yela.. Adik ngaku kalah. Mama dan papa menanglah.. Ikut suka mama dan papa nak buat apa, adik ikut je." ujarku akhirnya. Mama tergelak halus dan mengelus rambutku lembut.

"Mama gerenti adik tak akan nyesal terima Ariel," ujar mama lalu terus meninggalkan aku yang masih terpinga-pinga. Ariel, macam pernah dengar je nama tu. Tu bukan ke anak kenalan lama papa merangkap musuh ketatku sejak zaman pakai pampes lagi hinggalah ke zaman aku dah pandai guna handphone.




Ariel Izwan, itulah nama yang selalu buatkan hidupku yang aman damai jadi haru-biru. Anak tunggal kepada kenalan lama papa, Uncle Imran dan Untie Sarah. Sejak kecil papa dan Uncle Imran sering memadankan aku dengan Ariel. Tak sangka pulak sampai sekarang diorang masih fikirkan idea mengarut tu. Ariel memang lelaki yang cukup segalanya, punyai rupa yang menarik yang diwarisi dari Untie Sarah serta punyai kepintaran yang cukup luar biasa yang juga membuatkan dia cukup tak seperti orang lain. Dunianya hanyalah buku-buku dan cukup susah nak dibuat kawan.

Apalah jadi dengan nasibku selepas ini, dan sejak bila pulak Ariel boleh terima semua permintaan mengarut nie. Ah!!! Tensionnya, boleh ke aku bebaik dengan makluk yang satu nie???

No comments: