Andai Sudah Suratan

Layan jelah...

Selamat Mengunjungi Pondok Buruk Indahnya Hari Ini

Sekalung perhargaan diucapkan kepada sesiapa yang sudi mengunjungi pondok buruk ini. Segala apa yang ada disini harnyalah rekaan semata,tiada mengena dengan manusia yang masih hidup ataupun yang telah kembali ke rahmatulla...

********************************************************************

Apakah Itu Cinta????

Adakah semudah ABC?? Tidak sebenarnya.. Memang kerap orang menyebut aku telah jatuh cinta tapi tak semua faham apa sebenarnya cinta.. Bagiku cinta tidak hanya sebuah ungkapan tapi lebih dari itu.Pengorbanan,Kesanggupan bersamanya tika susah dan senang dan yang paling penting adalah Kejujuran serta keikhlasan kita menerima diri pasangan seadanya.Fahamilah pasangan dan kenalilah hati budinya jika inginkan hubungan yang harmoni dan bahagia.. Kesabaran adalah kunci segala masalah..Renungkanlah supaya hati dan minda tidak tersalah alirannya ketika hubungan dihadang cabaran...

********************************************************************

Wednesday, April 13, 2011

Andai Sudah Suratan 10

Aku masih memikirkan tentang perubahan watak Ariel. Dari seorang yang suka menyakitkan hati kepada penggoda hati kelas pertama. Aku mengulum senyum sendirian bila terfikirkan ragamnya sejak beberapa hari ini. Hati pun dah bertukar rentak setiap kali bertentang mata dengannya. Parah betul kalau dah tua-tua nie baru nak belajar bercinta. Nanti kejap, aku dah jatuh cinta? Ini kah yang dinamakan cinta? Confius betul dengan perubahan mendadak begini. Aku tersenyum lagi buat kesekian kalinya.

Saturday, February 19, 2011

Andai Sudah Suratan 9

Sesampai dirumah, kelihatan Ariel sedang kusyuk menonton perlawanan bola sepak. Tanpa mempedulikannya aku terus menuju ke bilik untuk membersihkan diri. Aku masih memikirkan kata-kata Marina tentang pengalaman makan di bawah lilin. Hem...mahu ke Ariel kalau aku ajak?

"Apa yang dimenungkan tu? Hani, apa kata malam nie kita keluar makan kat luar? Mama dan papa ada urusan diluar, mungkin dua tiga hari lagi baru balik,"teguran dibelakang buatkan aku tersentak. Perlahan aku memandangnya, pelik benar. Ariel seakan dapat membaca fikiran ku tapi hanya sementara bila terfikirkan tentang berkemungkinan besar malam ini kami hanya berdua dirumah buatkan aku tiba-tiba mengelabah.

"Ariel, bila mama dan papa berangkat? Mama tak ada bagitau apa pun," soalku cuba menutup rasa hati yang semakin tak menentu.

"Mama dan papa berangkat petang tadi, diorang tergesa-gesa,mungkin terlupa nak maklumkan kau dulu,"katanya seraya berlalu ke pintu.

"Erm..Ariel, oklah keluar makan nanti. Hani bersiap dulu, nanti kita keluar," balasku perlahan tapi cukup didengarinya, Ariel hanya tersenyum dan mengangguk.

Setelah bersolat dan bersiap ala kadar aku terus turun ke ruang tamu untuk mengajaknya keluar. Tiba di ruang tamu kelihatan Ariel sedang nyenyak tido, mungkin kepenatan agaknya.




Aku jadi kesian melihatnya, lantas tanpa membuang masa aku terus ke dapur untuk melihat apa-apa yang boleh di makan. Kelihatan masih banyak stok makanan yang masih elok dalam peti sejuk. Aku termenung seketika bila melihat segala jenis barangan dihadapanku. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk masak beberapa jenis masakan. Mungkin rezekiku malam ini hanya dirumah, tapi tak mengapalah asalkan dapat makan memandangkan perutku yang semakin berkeroncong minta diisi.

Setelah siap memasak, aku terus ke ruang tamu untuk mengejutkan Ariel yang masih nyenak tidur. Ariel membuka matanya perlahan bila aku mengoncang bahunya lembut. Dia tersenyum memandangku.

"Dah siap, jomlah kita keluar," katanya seraya bangun. Aku hanya tergelak melihat reaksinya.

"Takpelah, kita dinner kat rumah je. Hani tengok Ariel letih sangat, so Hani masak jelah. Kita makan dulu, lepas tu Ariel sambung tidur,"ujarku membuatkan dia tersenyum dan menggangguk.

"Ok. Ikut hanilah,"ujarnya seraya bangun dan menuju ke ruang makan. Aku mencedok kan nasi. Ariel masih tersenyum memandang bermacam jenis lauk pauk yang terhidang diatas meja.

"Nie semua Hani yang masak ke order kedai?" selanya tiba-tiba buatkan aku mencebik geram. Ada-ada saja akalnya cuba menaikan darahku.

"Ingat Hani tak tahu masak ke? tak nak makan sudah,"ujarku seraya mencebik geram. Ariel tergelak perlahan dan menjamah nasinya. Berkali-kali dia memuji masakanku. Katanya sama level dengan masakan mamanya. Aku hanya mampu tersenyum.

Setelah siap makan dan berkemas, Ariel terus bangun dan berlalu ke bilik. Aku masih didapur mengemaskan segala yang aku gunakan tadi. Setelah siap semuanya, aku turut ke bilik. Tiba dibilik, aku memandang keliling, Ariel masih di bilik air. Perlahan aku melabuhakan duduk di birai katil. tv aku pasangkan. melihat drama di tv buatkan aku tergelak sendirian. Kehadiran Ariel disebelahku juga tidak ku sedari.

"Hani, terima kasih sebab sudi ikut saya ke luar negara," ujarnya tiba-tiba buatkan aku terdiam seketika. Aku memandangnya dan tersenyum.

"No hal la, lagipun ada baiknya jugak. Boleh la hani lanjutkan pelajaran hani jugak disana,"ujarku perlahan. hati kembali tidak tenteram.

"Erm..takpelah, Hani dah ngantuk nak tidur,"selaku tiba-tiba buatkan Ariel tersenyum penuh makna.

"Hani, kalau Ariel nak tidur sebelah boleh? soalnya tiba-tiba buatkanku terkulat-kulat seketika. Akhirnya aku membenarkan.

"Ok, tapi macam semalam ye,"kataku perlahan. Ariel tergelak kecil.

"Macam semalam? Hani nerveous ye?" soalnya tiba-tiba buatkan aku memalingkan wajah kearah lain. Muka ku semakin panas,

"Hani tidur dulu," ujarku laju cuba menutup kegugupan. Ariel semakin seronok mentertawakanku.

"Hani, pandanglah sini. Aku mengeraskan tubuhku, mukaku tak usahlah cakap, dah rasa macam kena panggang je. Tiba-tiba aku rasa tubuhku dipeluk dari belakanng.

"Sayang, tahu tak kenapa abang selalu usik dan naik kan darah Hani?" ujarnya tiba-tiba beserta cuiman dileherku. Aku terkaku dalam pelukannya. Perlahan tubuhku dipusingkan memandangnya. Aku menunduk kan wajah. Ariel masih memandangku bersama senyuman manisnya.

"Tak tahu,"jawabku bersahaja. Wajahku tak usah cakaplah, rasa seperti dah habis blusher dalam dunia nie diwarnakan ke wajahku. Ariel tergelak seraya mendongakkan wajahku.

"Hani sayang, manis betul kalau Hani buat wajah malu-malu macam nie,"ujarnya bersahaja buatkan aku mencebik geram. Ada saja ayatnya yang menyakitkan hatiku.

"Dahlah, Hani nak tidur, selamat malam."ujarku seraya memasamkan wajah dan memalingkan wajahku menghadap dinding. Ariel masih tersenyum dan menggeleng. Tak pernah difikirkannya Hani Karmila pandai jugak merajuk.

"Sayang, pandanglah sini. Tak baik tau tidur membelakangkan suami,"ujarnya perlahan seraya cuba mengalihkan tubuhku menghadapnya. Mendengar katanya buatkan aku tanpa rela memaling juga memandang wajahnya.

"Macam tu la isteri abang, kenapa tiba-tiba nak mara nie?"soalnya perlahan seraya menguis-nguis anak rambut yang mula jatuh menutupi wajahku.

"Hani ngantuk la, esok ek sambung gaduh lagi,"ujarku perlahan. Memang benar aku keletihan setelah seharian menghadap buku. Ariel yang mengerti menggangguk akhirnya.

"Ok, Hani boleh tido tapi abang nak goodnight kiss abang,"ujarnya perlahan buatkan wajahku kembali memerah. Ariel menarik ku rapat ke dadanya dan mengucup dahiku lembut. Aku pula membalasnya dengan mengucup pipinya. Ariel tersenyum senang melihat reaksiku mengucupnya.

"Good girl, mulai hari nie sebelum tidur abang akan beri good night kiss and Hani balas kiss pipi abang sebelum Hani dah tak segan nak kiss disini,"ujarnya seraya membawa jariku ke bibirnya. Aku terpempam seketika menakala Ariel tergelak suka. "Yang lain-lain tu abang akan tunggu, abang tak akan memaksa. Ambil la masa selama mana Hani mahu, abang akan menunggu,"ujarnya lagi membuatkan aku terdiam dan menggangguk perlahan. Cukup bertimbang rasa, aku mula memahami sedikit demi sedikit peribadinya.

"Okla, sekarang tidur.."ujarnya akhirnya seraya memeluk erat. Malam itu tidurku nyenak sekali berada dalam dakapannya.

Andai Sudah Suratan 8

Setelah semalaman berfikir, akhirnya aku membulatkan tekad untuk mengikutnya keluar negara. Masalah tak akan selesai jika aku terus berkeras. Mungkin ada baiknya aku mengikutnya ke luar negara, apa-apa yang bakal terjadi selepas ini diluar kemampuan aku untuk putuskan, biarlah menjadi suratan takdir.

Aku memandang seisi rumah yang masih tenang menanti keputusanku. Mama, papa dan keluarga sebelah mertuaku tersenyum bila akhirnya aku mengambil keputusan untuk mengikut Ariel ke luar negara tapi bersyarat dan Ariel hanya terdiam mendengar syaratku. Aku cukup berpuas hati dengan caranya menangani masalah, memang aku jangkakan dia tak akan membantah apa-apa syaratku.

Petang itu aku keluar menemui Marina untuk memaklumkan tentang keputusanku. Marina hanya tersenyum, yakini aku tak salah membuat pilihan. Amar tak dapat turut serta disebabkan kuliah yang terpaksa dihadiri.

"Hani, tanya sikit boleh? Selama nie kau tak pernah ada perasaan pada Ariel ke?' aku memandang Marina serentak mengerutkan wajah. Aku terdiam sebentar mencerna maksud katanya. "Pernah ke aku suka pada dia?

"Rina, aku pun tak tahu. Aku dengan dia mana pernah tak bergaduh, setiap kali berjumpa macam anjing dengan kucing. Tapi ada kot sikit-sikit sebab kadang-kadang bila aku dah lama tak jumpa dia, aku rindu nak bertekak. Macam pelik kan?" ujarku tanpa berselindung. Marina tersenyum mendengar kataku.

"Kalau kau dah rasa macam tuh baguslah, so kau kena berusaha lebih la lepas nie untuk jadikan rasa benci tu jadi rasa sayang,"katanya perlahan membuatkan aku memandangnya lama.

"Apa maksudnya tu?" Marina tergelak sakan bila aku bertanya kembali. Aku yang masih belum dapat menangkap maksud katanya semakin mengerutkan wajah.

"Apalah nasib kawan baik aku nie, maksud aku kenalah kau berusaha untuk hangatkan dunia rumahtangga kau nie, tak kan selamanya nak dingin je?" aku tersentak bila mula dapat menangkap maksudnya.

"Kesitu pulak yang kau fikirkan, biarlah masa yang tentukan hala tuju perkahwinan nie, aku berserah je pada takdir," kataku perlahan. Marina hanya tersenyum.

"Kau tak ada date dengan Amar ke hari nie?" soalku cuba mengalihkan topik perbualan. Marina tergelak perlahan mengerti maksud kataku.

"Ammar ada kuliah sampai jam 5 petang, lepas tu memang kitaorang nak keluar makan malam, candle light dinner gitu," katanya seraya tergelak suka. Aku mencebik geram bila memahami maksud katanya.

"Dahlah kau, aku nak balik dulu. Kirim salah pada Ammar,"Marina masih tergelak suka melihatku.

"Ai, cik kak. Dah ada cik abang pun masih cemburu dengan kami, ajaklah Ariel keluar candle light dinner," selanya tiba-tiba buatkan aku menghentikan langkah dan memandangnya semula.

"Are you out off your mind? Aku nak ajak Ariel keluar candle dinner? Malam sikit.." kataku seraya mencebik wajah. Marina tersenyum seraya merangkul bahuku seraya berbisik perlahan.

"Hani, jangan tipulah kau tak pernah teringin nak keluar makan malam dengan sesiapa sebelum nie. Sekaranglah masa yang terbaik untuk cari pengalaman benda -benda yang kau tak pernah cuba sebelum nie,"ujarnya panjang lebar. Aku termanggu seketika. Mahu ke Ariel kalau aku mengajaknya dinner diluar. Bukan ke selama nie kami seteru.



"Dahlah kau, aku kena balik sekarang,"kataku tiba seraya berlalu dari situ. Marina hanya menggeleng perlahan. "Kesian betul kawan aku sorang nie, dah suka tapi tak sedar lagi,"Marina bermonolog sendirin. Kelibat Hani Karmila sudah hilang dari pandanganya. Menyedari temujanjinya dengan Ammar malam ini, tergesa-gesa dia bergegas bangun untuk bersiap.

******************************************************************