Andai Sudah Suratan

Layan jelah...

Selamat Mengunjungi Pondok Buruk Indahnya Hari Ini

Sekalung perhargaan diucapkan kepada sesiapa yang sudi mengunjungi pondok buruk ini. Segala apa yang ada disini harnyalah rekaan semata,tiada mengena dengan manusia yang masih hidup ataupun yang telah kembali ke rahmatulla...

********************************************************************

Apakah Itu Cinta????

Adakah semudah ABC?? Tidak sebenarnya.. Memang kerap orang menyebut aku telah jatuh cinta tapi tak semua faham apa sebenarnya cinta.. Bagiku cinta tidak hanya sebuah ungkapan tapi lebih dari itu.Pengorbanan,Kesanggupan bersamanya tika susah dan senang dan yang paling penting adalah Kejujuran serta keikhlasan kita menerima diri pasangan seadanya.Fahamilah pasangan dan kenalilah hati budinya jika inginkan hubungan yang harmoni dan bahagia.. Kesabaran adalah kunci segala masalah..Renungkanlah supaya hati dan minda tidak tersalah alirannya ketika hubungan dihadang cabaran...

********************************************************************

Tuesday, October 19, 2010

Andai Sudah Suratan 5



Ketukan dipintu mengejutkan aku dari lena yang panjang. Dengan langkah lemah aku terus ke pintu dan membukanya. Alangkah terkejutnya bila raut dingin Ariel yang menerpa. Dek kerana kantuk yang masih bersisa membuatkan aku malas melayannya lantas aku berlalu ke katil untuk menyambung tidur yang tadinya terganggu. Melihat reaksiku yang begitu membuatkan Ariel tambah bengang.

"Kau masih ada mood nak sambung tidur ye? Ikut aku sekarang," dengan ayat terakhir itu lenganku direntap kasar.

"Hei, apa nie? Sakitlah.. Kasar betul," jeritku kasar bila melihat reaksinya begitu. Tapi aku tetap mengikut langkah terus ke ruang tamu. Tiba diruang tamu seluruh ahli keluargaku sudah berkumpul termasuklah kedua ibu dan bapa mertuaku. Aku terus mengambil tempat disebelah mama manakala Ariel duduk menyandar disebelah almari hiasan.

"Ok, nampaknya semua dah berkumpul disini," Uncle Imran memulakan kata. Papa hanya mengangguk perlahan.

"Tujuan papa kumpulkan semua disini adalah kerana papa ada sesuatu nak umumkan terutama pada pengantin baru kita, Hani dan Ariel,"aku memandang tepat kearah Uncle Imran.

"Papa berdua dah setuju untuk mengizinkan Ariel meneruskan pengajian diluar negara tapi dengan 1 syarat Hani mesti turut serta,"dengan ayat terakhir itu betul-betul buatkan terkejut beruk. Aku memandang Ariel yang langsung tidak beriak. Pastinya dia sudah dapat mengagak syarat yang perlu dipenuhinya jika ingin meneruskan hasratnya melanjutkan pengajian keluar negara.

"Tapi pa, Hani cuma tinggal beberapa minggu sebelum tamat pengajian disini," dengan perlahan aku memprotes. Uncle Imran tersenyum memandangku dan mengangguk.

"Hani habiskan dulu pengajian yang masih berbaki disini kemudian teruskan untuk lanjutan disana nanti,"aku terdiam mendengar cadangan Uncle Imran. Aku tak nak ikut Ariel ke luar negara. Entah macam manalah nasibku disana nanti, kalau di Malaysia pastinya aku tak akan kesunyian.

"Tapi pa, tak boleh ke biarkan Ariel sorang je ke sana? Hani selesa disini,"ujarku perlahan. Seluruh ahli keluarga memandangku termasuklah Ariel. Aku tertunduk dengan rasa bersalah. Pastinya ada rasa hairan yang bertandang bila pengantin baru mengutarakan hal-hal begitu.

"Hani tahukan tempat seorang isteri disisi suaminya? Sampai hati ke Hani nak tinggal disini sedangkan Ariel jauh disana?" ujar mama buatkan aku terkelu. Aku terdiam akhirnya.

"Takpelah, papa serahkan pada Ariel dan Hani untuk putuskannya. Bincanglah elok-elok," akhirnya Uncle Imran memberi kata putus. Aku mengangguk dan terus terdiam.

Setelah hal-hal yang tak ada penyudah tu selesai dibincangkan, aku terus belalu kebilik. Ah! Tensionnya.. Kenapalah aku terpaksa lalui semua ini???

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Monday, October 18, 2010

Andai Sudah Suratan 4


Petang itu aku terus bergegas ke rumah selepas menerima panggilan telefon dari mama mengatakan papa tiba-tiba diserang sakit jantung. Papa memang punya sejarah penyakit yang menakutkan tu sejak aku masih kecil. Tiba dirumah kelihatan beberapa kenalan papa dan mama sudah berkumpul. Suasana ketika itu agak belainan dari biasa. Tiba-tiba aku jadi takut memikirkan apa yang bakal terjadi. Aku terus meluru ke kamar papa. Mama yang menyedari kehadiranku dengan pantas menarik tanganku dan cuba menenangkan aku.

"Ma, papa tak apa-apa kan?" Mama hanya tersenyum mendengar kataku. Aku jadi pelik bila melihat reaksi mama begitu. Terlintas difikiranku tentu ada sesuatu yang disembunyikan mama ketika itu.

"Hani sayang, cepat mari mama siapkan adik,"ujar mama membuatkan aku mengerutkan wajah. Aku makin keliru tapi tetap mengikut rentak mama. Aku terus dibawa mama ke bilikku yang terletak ditingkat atas. Alangkah terkejutnya aku bila melihat keadaan bilik yang dah bertukar corak. Menakutkan betul. Aku memandang mama inginkan penjelasan.

"Adik, nanti mama jelaskan. Sekarang mama nak siapkan adik," tanpa menghiraukan riak terkejutku mama meneruskan tugasnya. Setelah siap didandan, aku dibawa turun ke ruang tamu.

Tiba diruang tamu, aku diminta mama untuk duduk di tempat yang telah disediakan. Bila melihat keadaan itu aku sudah dapat membayangkan apa yang bakal terjadi. Tapi bukankah sepatutnya semua ini terjadi 2 minggu lagi,kenapa tiba-tiba dicepatkan pulak? Bermacam-macam persoalan dah mula bermain dimindaku.

Dari kejauhan aku terpandang Ariel Izwan segak berbaju melayu sedang rancak berborak dengan ahli keluarganya. Riaknya juga sepertiku, masih dalam blurr.. Tiba-tiba dia memandangku lama tanpa secarik senyuman. Dari riak begitu, aku sedar dia sedang memendam marahnya. Aku menunduk wajah, takut sebenarnya bila terasa seakan-akan bakal dimarahinya kejap lagi.

Tiba-tiba keadaan hinggar binggar yang tadi rancak menjadi sunyi sepi. Aku memandang keliling dan tumpuanku tertumpu pada imam yang berada ditengah-tengah ruang tamu berhadapan dengan Ariel Izwan.

"Sekarang kita boleh mulakan ye,"selanya tiba-tiba dan dibalas anggukan setiap yang ada disitu.

"Aku nikahkan akan dikau Ariel Izwan dengan Hani Karmila binti Kamarulzaman berwakil walikan aku dengan mas kawinnya RM80 tunai,"kadi menggoncang tangan Ariel Izwan dan dengan tiba-tiba dia terus memandang papanya. Uncle Imran menggangguk dan Ariel Izwan mengeluh lemah.

"Aku terima nikahnya Hani Karmila binti Kamarulzaman dengan mas kawinnya RM80 tunai," dengan sekali lafaz sahlah aku menjadi isteri kepada Ariel Izwan Dato' Imran. Mama memelukku bahagia sedangkan aku masih termanggu tidak percaya bila terkenangkan status bujangku telah bertukar kini.

Teguran Untie Sarah membuatkan aku terkedu. Ariel Izwan sudah terpaku dihadapanku untuk upacara membatalkan air sembahyang. Riaknya masih masam mencuka. Aku turut terikut dengan ragamnya, hanya mengikut apa yang diarahkan mama tanpa rela. Selesai semua yang sepatutnya, aku kembali berkurung dalam bilik. Puas mama memujukku tapi rasa terkejutku masih belum hilang. Setelah tetamu beransur pulang, aku memberanikan diri bertemu mama dan papa.

"Ma, kenapa boleh jadi sampai macam nie? Bukan adik tak setuju tapi kenapa buat adik macam nie?" selaku bersama linangan air mata. Mama terus memelukku, semakin teresak aku dalam pelukan mama.

"Maafkan mama, semua nie bukan kehendak mama dan papa tapi Uncle Imran. Ariel akan menyambung pengajiannya di luar negara hujung minggu nie dan Uncle Imran hanya nak ikat Ariel dengan tanggungjawab. Ariel bertegas nak tunda perkahwinan nie dengan alasan tak nak kebebasannya terganggu," ujar mama membuatkan aku tergamam. Maknanya selama ini Ariel sendiri tak rela dengan perkahwinan ini, tapi sekarang aku juga turut terperangkap dalam masalah yang mungkin tak ada penyudah.

"Ma, selama nie Ariel tak setuju dengan rancangan perkahwinan nie la? Mama kelihatan resah. Mungkin tidak menjangka aku akan mengutarakan persoalan itu.

"Bukan begitu sayang, Ariel bukan tidak setuju dan dia tak cakap tak boleh terima adik cuma dia rasa kebebasan dia akan terganggu kalau uncle imran dan papa teruskan rancangan ini,"aku hanya menunduk. Itu hanya alasan mama, hakikatnya hatiku cukup walang kini. Entah bagaimana aku nak teruskan hidup selepas ini. Aku terus berlalu ke bilik, panggilan mama langsung tidak ku endahkan. Yang pasti kini kepalaku cukup berat memikirkan hal-hal yang telah berlaku dan bakal berlaku.

Saturday, October 16, 2010

Andai Sudah Suratan 3




Dari kejauhan aku terpandang kelibat Marina, teman sebilik merangkap doktor cintaku yang sedahg terkocoh-kocoh mencari sesuatu. Aku hanya tersenyum dan menggeleng perlahan melihat telatahnya yang cukup mencuit hatiku. Pasti ada lagi yang ketinggalan petang ini.

"Hani, kau ada nampak buku rujukan aku tak?" aku hanya terkebil-kebil memandangnya yang sedang menstabilkan nafasnya yang termengah-mengah

"Relex,relex. Tarik nafas," aku tergelak bila Marina hanya mengikut kataku. Memanglah kawan aku sorang nie, setelah agak selesa, Marina terus duduk dan memandangku.

"Hani, buku rujukan Prof. Haris tercicir. Aku tak tahu kat mana aku dah tinggalkan kali nie," aku hanya tergeleng. Inilah penyakit yang buatkan Marina yang comel ini jadi seperti nenek tua. Pelupa..





"Sayang, kenapa nie? Teguran dari belakang buatkan aku dan Marina tersentak. Aku mengeluh lemah bila memandang aksi-aksi manja Marina bila terpandang buah hati kesayangannhya,Amar Safuan.

"Ehem...ehem... aku masih disini ye" teguranku membuatkan Marina dan Amar Safuan tersentak dan akhirnya mereka tergelak kuat.

"Sorry beb, aku tak perasan."balas Amar Safuan ikhlas. Memang sejak dari tadi dia mencari Marina yang tiba-tiba berlari meninggalkannya di kafeteria. Puas jugak dia mengejar langkah Marina yang agak laju, bila melihat marina sudah berada di hadapan Hani Karmila barulah langkahnya diperlahankan. Pasti ada sesuatu yang ditinggalkannya lagi kali ini dan hanya Hani Karmila yang boleh tenangkan tunang kesayangannya itu saat-saat seperti itu.



"Yelah, ada Marina aku klau tak perasan la ye?" kataku mula menarik muka. Marina tergelak bila mendengar kataku. Cukup masak dengan telatah Hani Karmiila yang satu ini, dan tak pernah terlintas rasa cemburu dihatinya bila Hani Karmila berkelakuan begitu.

"Bukan macam tu, Rina kelam kabut benar tadi. Aku ingatkan dia ada apa-apa, penat tau aku kejar dia sampai ke sini," ujarnya membuatkan aku tergelak halus. Melihat aku tergelak, Amar Safuan mendengus geram. Terkena lagi dia rupanya, Hani Karmila memang pandai berlakon.

"Kau kenakan aku ye?" aku hanya tergeleng dan bangun dari situ. Marina dan Amar Safuan mengikutku dari belakang.

"Hani,Hani..jom join kitaorang makan kat kafe,"aku memandang Marina dan menggeleng. marina hanya menggangkat bahu dan terus berlalu bersama Amar Safuan. Aku meneruskan langkahku menuju ke asrama.