Andai Sudah Suratan

Layan jelah...

Selamat Mengunjungi Pondok Buruk Indahnya Hari Ini

Sekalung perhargaan diucapkan kepada sesiapa yang sudi mengunjungi pondok buruk ini. Segala apa yang ada disini harnyalah rekaan semata,tiada mengena dengan manusia yang masih hidup ataupun yang telah kembali ke rahmatulla...

********************************************************************

Apakah Itu Cinta????

Adakah semudah ABC?? Tidak sebenarnya.. Memang kerap orang menyebut aku telah jatuh cinta tapi tak semua faham apa sebenarnya cinta.. Bagiku cinta tidak hanya sebuah ungkapan tapi lebih dari itu.Pengorbanan,Kesanggupan bersamanya tika susah dan senang dan yang paling penting adalah Kejujuran serta keikhlasan kita menerima diri pasangan seadanya.Fahamilah pasangan dan kenalilah hati budinya jika inginkan hubungan yang harmoni dan bahagia.. Kesabaran adalah kunci segala masalah..Renungkanlah supaya hati dan minda tidak tersalah alirannya ketika hubungan dihadang cabaran...

********************************************************************

Saturday, February 19, 2011

Andai Sudah Suratan 8

Setelah semalaman berfikir, akhirnya aku membulatkan tekad untuk mengikutnya keluar negara. Masalah tak akan selesai jika aku terus berkeras. Mungkin ada baiknya aku mengikutnya ke luar negara, apa-apa yang bakal terjadi selepas ini diluar kemampuan aku untuk putuskan, biarlah menjadi suratan takdir.

Aku memandang seisi rumah yang masih tenang menanti keputusanku. Mama, papa dan keluarga sebelah mertuaku tersenyum bila akhirnya aku mengambil keputusan untuk mengikut Ariel ke luar negara tapi bersyarat dan Ariel hanya terdiam mendengar syaratku. Aku cukup berpuas hati dengan caranya menangani masalah, memang aku jangkakan dia tak akan membantah apa-apa syaratku.

Petang itu aku keluar menemui Marina untuk memaklumkan tentang keputusanku. Marina hanya tersenyum, yakini aku tak salah membuat pilihan. Amar tak dapat turut serta disebabkan kuliah yang terpaksa dihadiri.

"Hani, tanya sikit boleh? Selama nie kau tak pernah ada perasaan pada Ariel ke?' aku memandang Marina serentak mengerutkan wajah. Aku terdiam sebentar mencerna maksud katanya. "Pernah ke aku suka pada dia?

"Rina, aku pun tak tahu. Aku dengan dia mana pernah tak bergaduh, setiap kali berjumpa macam anjing dengan kucing. Tapi ada kot sikit-sikit sebab kadang-kadang bila aku dah lama tak jumpa dia, aku rindu nak bertekak. Macam pelik kan?" ujarku tanpa berselindung. Marina tersenyum mendengar kataku.

"Kalau kau dah rasa macam tuh baguslah, so kau kena berusaha lebih la lepas nie untuk jadikan rasa benci tu jadi rasa sayang,"katanya perlahan membuatkan aku memandangnya lama.

"Apa maksudnya tu?" Marina tergelak sakan bila aku bertanya kembali. Aku yang masih belum dapat menangkap maksud katanya semakin mengerutkan wajah.

"Apalah nasib kawan baik aku nie, maksud aku kenalah kau berusaha untuk hangatkan dunia rumahtangga kau nie, tak kan selamanya nak dingin je?" aku tersentak bila mula dapat menangkap maksudnya.

"Kesitu pulak yang kau fikirkan, biarlah masa yang tentukan hala tuju perkahwinan nie, aku berserah je pada takdir," kataku perlahan. Marina hanya tersenyum.

"Kau tak ada date dengan Amar ke hari nie?" soalku cuba mengalihkan topik perbualan. Marina tergelak perlahan mengerti maksud kataku.

"Ammar ada kuliah sampai jam 5 petang, lepas tu memang kitaorang nak keluar makan malam, candle light dinner gitu," katanya seraya tergelak suka. Aku mencebik geram bila memahami maksud katanya.

"Dahlah kau, aku nak balik dulu. Kirim salah pada Ammar,"Marina masih tergelak suka melihatku.

"Ai, cik kak. Dah ada cik abang pun masih cemburu dengan kami, ajaklah Ariel keluar candle light dinner," selanya tiba-tiba buatkan aku menghentikan langkah dan memandangnya semula.

"Are you out off your mind? Aku nak ajak Ariel keluar candle dinner? Malam sikit.." kataku seraya mencebik wajah. Marina tersenyum seraya merangkul bahuku seraya berbisik perlahan.

"Hani, jangan tipulah kau tak pernah teringin nak keluar makan malam dengan sesiapa sebelum nie. Sekaranglah masa yang terbaik untuk cari pengalaman benda -benda yang kau tak pernah cuba sebelum nie,"ujarnya panjang lebar. Aku termanggu seketika. Mahu ke Ariel kalau aku mengajaknya dinner diluar. Bukan ke selama nie kami seteru.



"Dahlah kau, aku kena balik sekarang,"kataku tiba seraya berlalu dari situ. Marina hanya menggeleng perlahan. "Kesian betul kawan aku sorang nie, dah suka tapi tak sedar lagi,"Marina bermonolog sendirin. Kelibat Hani Karmila sudah hilang dari pandanganya. Menyedari temujanjinya dengan Ammar malam ini, tergesa-gesa dia bergegas bangun untuk bersiap.

******************************************************************

No comments: