Andai Sudah Suratan

Layan jelah...

Selamat Mengunjungi Pondok Buruk Indahnya Hari Ini

Sekalung perhargaan diucapkan kepada sesiapa yang sudi mengunjungi pondok buruk ini. Segala apa yang ada disini harnyalah rekaan semata,tiada mengena dengan manusia yang masih hidup ataupun yang telah kembali ke rahmatulla...

********************************************************************

Apakah Itu Cinta????

Adakah semudah ABC?? Tidak sebenarnya.. Memang kerap orang menyebut aku telah jatuh cinta tapi tak semua faham apa sebenarnya cinta.. Bagiku cinta tidak hanya sebuah ungkapan tapi lebih dari itu.Pengorbanan,Kesanggupan bersamanya tika susah dan senang dan yang paling penting adalah Kejujuran serta keikhlasan kita menerima diri pasangan seadanya.Fahamilah pasangan dan kenalilah hati budinya jika inginkan hubungan yang harmoni dan bahagia.. Kesabaran adalah kunci segala masalah..Renungkanlah supaya hati dan minda tidak tersalah alirannya ketika hubungan dihadang cabaran...

********************************************************************

Tuesday, October 19, 2010

Andai Sudah Suratan 5



Ketukan dipintu mengejutkan aku dari lena yang panjang. Dengan langkah lemah aku terus ke pintu dan membukanya. Alangkah terkejutnya bila raut dingin Ariel yang menerpa. Dek kerana kantuk yang masih bersisa membuatkan aku malas melayannya lantas aku berlalu ke katil untuk menyambung tidur yang tadinya terganggu. Melihat reaksiku yang begitu membuatkan Ariel tambah bengang.

"Kau masih ada mood nak sambung tidur ye? Ikut aku sekarang," dengan ayat terakhir itu lenganku direntap kasar.

"Hei, apa nie? Sakitlah.. Kasar betul," jeritku kasar bila melihat reaksinya begitu. Tapi aku tetap mengikut langkah terus ke ruang tamu. Tiba diruang tamu seluruh ahli keluargaku sudah berkumpul termasuklah kedua ibu dan bapa mertuaku. Aku terus mengambil tempat disebelah mama manakala Ariel duduk menyandar disebelah almari hiasan.

"Ok, nampaknya semua dah berkumpul disini," Uncle Imran memulakan kata. Papa hanya mengangguk perlahan.

"Tujuan papa kumpulkan semua disini adalah kerana papa ada sesuatu nak umumkan terutama pada pengantin baru kita, Hani dan Ariel,"aku memandang tepat kearah Uncle Imran.

"Papa berdua dah setuju untuk mengizinkan Ariel meneruskan pengajian diluar negara tapi dengan 1 syarat Hani mesti turut serta,"dengan ayat terakhir itu betul-betul buatkan terkejut beruk. Aku memandang Ariel yang langsung tidak beriak. Pastinya dia sudah dapat mengagak syarat yang perlu dipenuhinya jika ingin meneruskan hasratnya melanjutkan pengajian keluar negara.

"Tapi pa, Hani cuma tinggal beberapa minggu sebelum tamat pengajian disini," dengan perlahan aku memprotes. Uncle Imran tersenyum memandangku dan mengangguk.

"Hani habiskan dulu pengajian yang masih berbaki disini kemudian teruskan untuk lanjutan disana nanti,"aku terdiam mendengar cadangan Uncle Imran. Aku tak nak ikut Ariel ke luar negara. Entah macam manalah nasibku disana nanti, kalau di Malaysia pastinya aku tak akan kesunyian.

"Tapi pa, tak boleh ke biarkan Ariel sorang je ke sana? Hani selesa disini,"ujarku perlahan. Seluruh ahli keluarga memandangku termasuklah Ariel. Aku tertunduk dengan rasa bersalah. Pastinya ada rasa hairan yang bertandang bila pengantin baru mengutarakan hal-hal begitu.

"Hani tahukan tempat seorang isteri disisi suaminya? Sampai hati ke Hani nak tinggal disini sedangkan Ariel jauh disana?" ujar mama buatkan aku terkelu. Aku terdiam akhirnya.

"Takpelah, papa serahkan pada Ariel dan Hani untuk putuskannya. Bincanglah elok-elok," akhirnya Uncle Imran memberi kata putus. Aku mengangguk dan terus terdiam.

Setelah hal-hal yang tak ada penyudah tu selesai dibincangkan, aku terus belalu kebilik. Ah! Tensionnya.. Kenapalah aku terpaksa lalui semua ini???

-----------------------------------------------------------------------------------------------

No comments: