Andai Sudah Suratan

Layan jelah...

Selamat Mengunjungi Pondok Buruk Indahnya Hari Ini

Sekalung perhargaan diucapkan kepada sesiapa yang sudi mengunjungi pondok buruk ini. Segala apa yang ada disini harnyalah rekaan semata,tiada mengena dengan manusia yang masih hidup ataupun yang telah kembali ke rahmatulla...

********************************************************************

Apakah Itu Cinta????

Adakah semudah ABC?? Tidak sebenarnya.. Memang kerap orang menyebut aku telah jatuh cinta tapi tak semua faham apa sebenarnya cinta.. Bagiku cinta tidak hanya sebuah ungkapan tapi lebih dari itu.Pengorbanan,Kesanggupan bersamanya tika susah dan senang dan yang paling penting adalah Kejujuran serta keikhlasan kita menerima diri pasangan seadanya.Fahamilah pasangan dan kenalilah hati budinya jika inginkan hubungan yang harmoni dan bahagia.. Kesabaran adalah kunci segala masalah..Renungkanlah supaya hati dan minda tidak tersalah alirannya ketika hubungan dihadang cabaran...

********************************************************************

Monday, October 18, 2010

Andai Sudah Suratan 4


Petang itu aku terus bergegas ke rumah selepas menerima panggilan telefon dari mama mengatakan papa tiba-tiba diserang sakit jantung. Papa memang punya sejarah penyakit yang menakutkan tu sejak aku masih kecil. Tiba dirumah kelihatan beberapa kenalan papa dan mama sudah berkumpul. Suasana ketika itu agak belainan dari biasa. Tiba-tiba aku jadi takut memikirkan apa yang bakal terjadi. Aku terus meluru ke kamar papa. Mama yang menyedari kehadiranku dengan pantas menarik tanganku dan cuba menenangkan aku.

"Ma, papa tak apa-apa kan?" Mama hanya tersenyum mendengar kataku. Aku jadi pelik bila melihat reaksi mama begitu. Terlintas difikiranku tentu ada sesuatu yang disembunyikan mama ketika itu.

"Hani sayang, cepat mari mama siapkan adik,"ujar mama membuatkan aku mengerutkan wajah. Aku makin keliru tapi tetap mengikut rentak mama. Aku terus dibawa mama ke bilikku yang terletak ditingkat atas. Alangkah terkejutnya aku bila melihat keadaan bilik yang dah bertukar corak. Menakutkan betul. Aku memandang mama inginkan penjelasan.

"Adik, nanti mama jelaskan. Sekarang mama nak siapkan adik," tanpa menghiraukan riak terkejutku mama meneruskan tugasnya. Setelah siap didandan, aku dibawa turun ke ruang tamu.

Tiba diruang tamu, aku diminta mama untuk duduk di tempat yang telah disediakan. Bila melihat keadaan itu aku sudah dapat membayangkan apa yang bakal terjadi. Tapi bukankah sepatutnya semua ini terjadi 2 minggu lagi,kenapa tiba-tiba dicepatkan pulak? Bermacam-macam persoalan dah mula bermain dimindaku.

Dari kejauhan aku terpandang Ariel Izwan segak berbaju melayu sedang rancak berborak dengan ahli keluarganya. Riaknya juga sepertiku, masih dalam blurr.. Tiba-tiba dia memandangku lama tanpa secarik senyuman. Dari riak begitu, aku sedar dia sedang memendam marahnya. Aku menunduk wajah, takut sebenarnya bila terasa seakan-akan bakal dimarahinya kejap lagi.

Tiba-tiba keadaan hinggar binggar yang tadi rancak menjadi sunyi sepi. Aku memandang keliling dan tumpuanku tertumpu pada imam yang berada ditengah-tengah ruang tamu berhadapan dengan Ariel Izwan.

"Sekarang kita boleh mulakan ye,"selanya tiba-tiba dan dibalas anggukan setiap yang ada disitu.

"Aku nikahkan akan dikau Ariel Izwan dengan Hani Karmila binti Kamarulzaman berwakil walikan aku dengan mas kawinnya RM80 tunai,"kadi menggoncang tangan Ariel Izwan dan dengan tiba-tiba dia terus memandang papanya. Uncle Imran menggangguk dan Ariel Izwan mengeluh lemah.

"Aku terima nikahnya Hani Karmila binti Kamarulzaman dengan mas kawinnya RM80 tunai," dengan sekali lafaz sahlah aku menjadi isteri kepada Ariel Izwan Dato' Imran. Mama memelukku bahagia sedangkan aku masih termanggu tidak percaya bila terkenangkan status bujangku telah bertukar kini.

Teguran Untie Sarah membuatkan aku terkedu. Ariel Izwan sudah terpaku dihadapanku untuk upacara membatalkan air sembahyang. Riaknya masih masam mencuka. Aku turut terikut dengan ragamnya, hanya mengikut apa yang diarahkan mama tanpa rela. Selesai semua yang sepatutnya, aku kembali berkurung dalam bilik. Puas mama memujukku tapi rasa terkejutku masih belum hilang. Setelah tetamu beransur pulang, aku memberanikan diri bertemu mama dan papa.

"Ma, kenapa boleh jadi sampai macam nie? Bukan adik tak setuju tapi kenapa buat adik macam nie?" selaku bersama linangan air mata. Mama terus memelukku, semakin teresak aku dalam pelukan mama.

"Maafkan mama, semua nie bukan kehendak mama dan papa tapi Uncle Imran. Ariel akan menyambung pengajiannya di luar negara hujung minggu nie dan Uncle Imran hanya nak ikat Ariel dengan tanggungjawab. Ariel bertegas nak tunda perkahwinan nie dengan alasan tak nak kebebasannya terganggu," ujar mama membuatkan aku tergamam. Maknanya selama ini Ariel sendiri tak rela dengan perkahwinan ini, tapi sekarang aku juga turut terperangkap dalam masalah yang mungkin tak ada penyudah.

"Ma, selama nie Ariel tak setuju dengan rancangan perkahwinan nie la? Mama kelihatan resah. Mungkin tidak menjangka aku akan mengutarakan persoalan itu.

"Bukan begitu sayang, Ariel bukan tidak setuju dan dia tak cakap tak boleh terima adik cuma dia rasa kebebasan dia akan terganggu kalau uncle imran dan papa teruskan rancangan ini,"aku hanya menunduk. Itu hanya alasan mama, hakikatnya hatiku cukup walang kini. Entah bagaimana aku nak teruskan hidup selepas ini. Aku terus berlalu ke bilik, panggilan mama langsung tidak ku endahkan. Yang pasti kini kepalaku cukup berat memikirkan hal-hal yang telah berlaku dan bakal berlaku.

No comments: